Minggu, 28 Juni 2020

berdoalah

Di rerantingan hayat, pautan pada Tuhan selalu terlerai...

Hati yang berlabuh pada duniya, seakan mahu berkekalan di perlabuhan itu sedang ketahuan yang itu cuma sementara dan bila tiba waktunya tidak terlambat mahupun tidak tercepat walau sesaat, nyawa akan diambil Tuhan melalui malaikat-Nya.

Terkadang, hati yang telah berkarat, lalu tersedar akan saratnya dosa dan beriltizam untuk kembali pada Tuhan dengan sebenar benarnya taat.

Namun, perjalanan menuju ketaatan bukanlah semudah angan, jalan yang berliku ditambah duri-duri hasutan syaitan serta manusia yang hasad tidak akan terlepas sepanjang melalui perjalanan menuju Tuhan.

Hidup terumbang ambing, lalu tekad dan adzam semakin pudar...

Dan kembali menjejak kota jahil silam...

Berlumpur kembali dengan dosa dan noda.

Dan apabila mula tersedar, ia kembali ulang yang serupa dengan berbalik pada Tuhan...

Jujur

Bukan mudah untuk kekal di landasan yang diredhai Ilahi.

Tapi , jangan pernah berhenti mengubah diri dan memperbaiki hati , kerana kita tidak pernah tahu yang bagaimana pengakhiran sebuah kehidupan.

Pintalah selalu taufiq dan hidayah...

Bebaskan diri dari sikap riya' yang menghapus pahala , atau sikap bangga yang membuat jiwa sudah merasa cukup mencari pahala.

Sematkan cinta dan kasih sayang Allah seperti yang disenandungkan riak rindu. Bukan seperti manusia yang kasihnya bermusim dan sayangnya tidak abadi.

Kerana kasih Allah tiada terperi dan janjiNya itu pasti...

CintaNya yang dapat merubah jiwa kotor kembali pada fitrahnya bahkan merasa tenteram oleh hidayahNya.

Mohonlah ,

Agar semua amal, usaha, serta jerih payah bukan yang sia-sia lalu tidak berbekas walau sebutir zarrah tapi biarlah ijabah sebuah doa dan diredhoi semesta...

Hidup tidak usah berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri... yang belalu biarlah dilipat dan disimpan kemas, bukan untuk dibuka dan terus dipersoalkan...


# Warkah Waraqah.
# SilaShareTanpaEdit

Tidak ada komentar:

Posting Komentar